SEMANGAT YANG HILANG

19 Jan

Assalamualaikum..

Hai..pernah mengalami rasa seperti gambar ni??

Image

        Cik Na (tetiba rasa nak guna) rasa semua pernah mengalami benda macam ni. Dalam hidup ni siapa je yang tak pernah rasa hilang semangat. Punca hilang semangat ni banyak faktornya, antaranya, hilangnya seseorang yang sangat kita sayangi, hilang barang, hilang kereta, putus cinta, putus asa ataupun secara naturally mood yang tak menentu. Emosi yang tak menentu juga antara faktornya juga.Dan Cik Na pasti semua orang lalui benda ni semua tak kira la peringkat umur macam mana pun.Dan setiap manusia yang menjalani kehidupan tak akan dapat lari dari lumrah ni.

                Cik Na pun pernah hilang semangat,banyak kali mungkin. Cik Na pernah hilang semangat waktu result exam teruk dan pernah hilang semangat sebab orang suka banding-bandingkan diri kita. Cik Na rasa result exam ni la paling common orang rasa hilang semangat lagi-lagi kalau result teruk. Kecewa kot. Punah rasa semua harapan, impian dan cita-cita. Lagi- lagi harapan dan impian dari parents kita. Tak tau nak cakap macam mana. Rasanya macam diri ni sangat la tak berguna. Sedih uh time macam tu. Tapi macam selalu orang kata setiap yang menimpa kita ada hikmahnya.Dan Cik Na nampak hikmahnya sekarang, di mana  Alhamdulillah Cik Na boleh kata bila result final dekat universiti ni much better. Cik Na bersyukur sangat ada juga hasilnya..

       Hilang semangat sebab orang suka banding-bandingkan, Cik Na pernah rasa.Sakit sangat hati ni. Cik Na pernah dibandingkan dengan result matrix Cik Na yang teruk tu dengan cousin Cik Na. Time tu rasa,diri tak guna. Sikit-sikit makcik dan pakcik tu puji cousin Cik Na. Sampai tetiba rasa ‘ pergilah dekat anak sedara kau yang pandai tu’. Isk geram pulak hati kita. Main cakap je,tapi tak pernah fikir perasaan orang lain. Nasib Cik Na ada ayah dan mama yang selalu support Cik Na. Dah nama ibu bapa,mesti la sentiasa support anaknya. But you know what, Allah ni sentiasa membantu hambanya. Bila saat keputusan penempatan universiti di buka,Alhamdulillah Cik Na dapat sambung belajar ke Terengganu. Dan yang terjadi dekat cousin Cik Na yang di puji melambung tu, dia tak dapat sambung belajar dekat IPTA. Dan Cik Na sangat bersyukur bila Allah beri lagi peluang dekat Cik Na.

         So,dekat sini Cik na nak cakap la, tak semestinya kita gagal sekali kita gagal selamanya. Setiap orang tu diberi peluang untuk berubah dan terpulang pada kita macam mana acuan kita untuk merubah diri sendiri. Yang penting PERCAYA dengan ketentuan Allah. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita dan ingat JANGAN mempersoalkan ketentuanNya. Yang penting,kita kena sentiasa memotivasikan diri ni.

Image

        Dan dikala hati resah dan gelisah. Bila diri tak tentu hala. Bila hilang pertimbangan. Bila putus harapan. Satu je ubatnya AL- QURAN. Bacalah ayat-ayat ni, sesungguhnya kedamaian dan ketenangan yang kita perolehi. Yakin dengan janji Allah.

Image

Dekat sini Cik Na ada sedikit pendapat macam mana nak hilang rasa ‘semangat yang hilang’ dan mulai hidup baru :

  1. Tinggalkan semua kedukaan.
  2. Abaikan mereka yg menyakiti hati.
  3. Tinggalkan mereka yang zalim.
  4. Balik kepada Allah swt.
  5. Dan percaya takkan hilang semangat hidup pada mereka yang bernaung di bawah perlindungan Allah swt.

 

 

“ Bila tubuhmu lesu dan hilang semangat, Allah tahu betapa kamu telah mencuba sedaya upaya..

Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan, Allah telah mengira setiap titis air matamu..

Bila dirimu telah terlanjur melakukan dosa, Allah sentiasa mengunggu taubatmu..

Bila kau telah mencuba segalanya tetapi masih tidak terhasil, Allah mengumpul segalanya untuk satu

saat yang tak terduga..

Bila hatimu telah mengecapi kemanisan iman, Allah telah berada hamper dengan padamu untuk

kurniakan kejayaan hakiki..

Hidup ini indah jika bersama Allah..”

#Thanksforreading🙂

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: