SAHABAT

21 Jan

Assalamualaikum.

Image

      Jadi hari ni Cik Na nak cerita pasal sahabat. Definisi sahabat ni sangat luas dan ianya terpulang pada diri kita sendiri macam mana nak mendefinisikan seorang sahabat itu macam mana. Secara umumnya kita boleh kata kalau sahabat itu orang yang kita sayangi dan menyayangi kita, orang yang memahami kita,orang yang bersama kita tika susah dan senang.menerima kelebihanan kita dan berusaha memperbaiki kekurangan kita,sahabat juga sentiasa bersama kita tika dunia mengejar kita dan tidak meninggalkan kita tika dunia meninggalkan kita. Dan definisi sahabat dalam Islam pula ialah seseorang yang mengingatkan kamu kepada Allah SWT.

         Sahabat ini meluas. Kita juga tak dilarang untuk bersahabat bersama orang bangsa lain. Malah kita digalakan bercampur-gaul antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain agar kita dapat memahami antara satu sama lain. Dan memandangkan kita duduk di Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, adalah amat digalakan kita meramah mesra tanpa mengira bangsa. Yang paling penting pasal persahabatan ni, jangan la kita sentuh isu sensitif bagi sesetengah pihak. Oleh itu, kita perlu peka dengan keadaan.

Image

        Disini Cik Na nak share pesanan orang cerdik pandai kepada anaknya : “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

 

Dan ini pula pesanan dari Imam Al-Ghazali..

Image

Dan pesanan Cik Na agar jauhi sahabat yang sebegini :

Image

  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

 

        Cik Na percaya setiap orang pernah melalui masalah dalam persahabatan. Tak kira la dari budak kecil hingga ke dewasa. Malah kanak-kanak dekat tadika juga ada masalah dengan kawan mereka. Kadang – kadang dalam bersahabat pasti Allah menguji persahabatan kita. Dari situ kita boleh nilai jujur atau tidak seseorang itu bersahabat dengan kita, atau dia Cuma mementingkan keuntungan pada diri mereka je. Nilai la seelok-eloknya sahabat kita itu bagaimana.

#Thanksforreading🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: