ISTIQAMAH

24 Jan

Assalamualaikum.

Hari ni Cik Na nak kongsi cerita, idea ataupun pendapat tentang “ ISTIQAMAH ”. Kalau sebut macam tu je memang bunyinya nampak mudah tapi hakikatnya tak. Istiqamah ni la sangat berat. Generally kita boleh katakan istiqamah itu konsisten. Maksud secara panjang tentang istiqamah pula ialah berusaha membetulkan dan menetapkan sesuatu mengikut jalannya, sama ada perkataan, perbuatan maupun tujuan. Dan secara rawaknya boleh dikatakan kita sebagai manusia biasa ni payah untuk beristiqamah kerana manusia ni cepat bosan dan jemu apabila melakukan benda yang sama berulang kali. Oleh itu,semangat yang sangat tinggi diperlukan untuk beristiqamah. Semangat yang tak kenal erti putus asa dan mengalah.

Image

Terdapat beberapa halangan yang menjadi punca kita gagal dalam beristiqamah :

1.Halangan diri sendiri seperti malas, takut, gagal, rendah semangat, malu, tahap pencapaian rendah.

2.Halangan orang lain seperti gangguan, pengaruh, menolak peluang dan tidak mahu berkerjasama.

3.Halangan suasana yang tidak selesa atau tidak sesuai.

4.Halangan wang atau kebendaan.

 

Dan,cara untuk kita mengatasi halangan ini adalah dengan :

1. Kuatkan azam

2.  Berusaha dengan   tetap dan bersungguh-   sungguh.

3.  Tidak patah semangat.

4.  Tidak kecewa dan putus asa.

5.  Tabah dan sabar menghadapi cabaran dan ujian.

6.  Sentiasa berfikir.

7.  Banyak berzikir dan berdoa kepada Allah Taala.

8.   Bertawakal dan bersyukur.

 

                Sejujurnya, Cik Na juga payah nak istiqamah. Cik Na juga seperti yang lain hanya manusia biasa. Kadang-kala bila ada yang berbisik pada jiwa kita untuk melakukan hal tak baik, Cik na juga turut terganggu. Susah nak didik istiqamah dalam hati, keazaman yang sangat tinggi diperlukan. Ini kerana setiap kali kita hendak berubah dan beristiqamah ujian dari Allah pasti bertandang. Allah nak tengok sejauh mana kita hendak mengikhlaskan jiwa ni kepada NYA.

Image

#thanksforreading🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: