NIAT

25 Jan

Assalamualaikum.

Hai,apa khabar korang? Sihat? So, kali ni nak share pasal “NIAT”.

Image

          Sebelum tu, kita kena tahu dulu pengertian niat. Secara bahasa, “niat” ertinya  keinginan atau tujuan, sedangkan makna secara istilah keinginan seseorang dalam hatinya untuk melakukan sesuatu. Maksud niat ni bergantung pada keadaan dan konteks yang sedang berlaku. Misalnya maksud niat dalam sejarah Islam ialah perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat baginda dari Makkah al-Mukarramah ke Madinah al-Munawarrah untuk mengembangkan Islam. Dan dalam konteks era ini kita boleh katakana yang niat itu bermaksud perpindahan yg lebih meluas merangkumi perubahan kepada hidup yg lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih dekat kepada ALLAH s.w.t.

 

“Wahai orang-orang beriman masuklah kamu ke dalam ISLAM secara seluruhnya…”

( al-Baqarah:208 )

 

 

       Sebenarnya sedar atau tak,sebenarnya perjalanan hidup kita  mewakili apa yang tersirat dalam hati, atau niatnya. Perbuatan  yang kita  dilakukan dengan rela dan pilihan sendiri adalah hasil tafsiran kepada niat, kefahaman dan tujuan hidup yang kita hendak. Tidak lebih daripada itu. Bahkan apa yang dirancang, keinginan, harapan yang akhirnya menjelma dalam bentuk tindakan, berpunca dari niat. Dan niat tu sebenarnya datang dari HATI. Hati ni la tempat dimana kita ini ditentukan seorang yang baik atau tidak. Perbuatan yang kita zahirkan adalah datang dari hati kita. Kalau kita berniat jahat, maka perbuatan yang kita lakukan semuanya yang jahat, buruk, tak baik atau kejam. Contohnya seorang peragut dah berniat dalam hati ‘aku nak ragut dia’ ya akhirnya tindakan  yang dizahirkan adalah dia ragut sasaran dia.  Dan kalau kita niatkan benda baik dalam hati dan In Sha Allah baik-baik sahaja perbuatan kita. Contohnya kita berniat nak bantu kawan kita dalam pelajaran, ya akhirnya kita bantu dia dengan cara buat study group atau perbincangan.

 

Bak kata tokoh ilmuwan terkenal al-Hafiz Ibn Qayyim al-Jauziyyah (meninggal 751H):

 

“Niat ialah tujuan dan azam melakukan sesuatu. Tempatnya di hati. Tiada kaitan dengan lidah sama sekali. Justeru itu, tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w dan para sahabat sebarang lafaz bagi niat. Tidak pernah kita dengar hal ini dari mereka. Segala lafaz yang diada-adakan sebelum bersuci dan solat telah syaitan jadikannya medan memerangi golongan yang was-was. Syaitan memenjara dan mengazab mereka dengannya. Dia menjadikan mereka berusaha membetulkan lafaz-lafaz itu, sehingga anda lihat ada yang mengulang-ulang dan berhempas pulas dalam mengucapkannya. Padahal ia langsung tiada kaitan dengan solat. Sebaliknya niat itu ialah tujuan sesuatu perbuatan. Setiap yang berazam melakukan sesuatu, dia telah berniat. Tidak tergambar terpisahnya perbuatan dengan niat kerana perbuatan itu adalah hakikat niat. Tidak mungkin tiada niat sedangkan wujudnya perbuatan. Sesiapa yang duduk untuk berwuduk maka dia telah berniat hendak berwuduk. Sesiapa yang berdiri untuk bersolat maka dia telah berniat untuk bersolat. Tiada seorang yang berakal melakukan sesuatu ibadah atau selainnya tanpa niat. Niat merupakan perkara semestinya wujud bagi tindakan insan yang disengajakan. Tidak perlu bersusah payah dan berusaha mendapatkannya. Sekiranya seseorang ingin menghilangkan niat dari perbuatan pilihannya, nescaya dia tidak mampu. Jika Allah mewajibkan solat atau wuduk tanpa niat, maka Dia mewajibkan apa yang insan tidak mampu. Ia tidak termasuk di bawah keupayaan insan. Kalau begitu, mengapa bersusah payah untuk mendapatkan niat?. Sesungguhnya syak dalam memperolehi niat adalah sejenis penyakit gila. Sebab, pengetahuan seseorang tentang keadaan dirinya adalah sesuatu yang yakin. Bagaimana mungkin seorang yang berakal syak tentang niat dirinya. Seseorang yang berdiri belakang imam untuk menunaikan solat zohor; bagaimana mungkin dia syak mengenai tujuannya?! Jika seseorang memanggilnya untuk sesuatu urusan ketika itu, nescaya dia berkata: aku ada urusan, aku ingin solat zohor. Jika seseorang bertanya kepadanya ketika dia keluar menuju ke tempat solat: awak hendak ke mana? Nescaya dia berkata: aku hendak solat zohor bersama imam. Jadi, bagaimana mungkin seorang yang berakal ragu-ragu mengenai hal ini dalam dirinya sedangkan dia mengetahuinya secara yakin” (Ibn Qayyim, Ighathah al-Lahfan min Masaid al-Syaitan, halaman 144).

 

Image

#thanksforreading🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: