LESUNG PIPIT OR DIMPLES

6 Feb

Assalamualaikum..

KECACATAN YANG CANTIK..Apakah??haha.. It’s a dimple or lesung pipit. Comelkan orang yang ada lesung pipit ni (puji diri dendiri ke apa)..hahaha.. its true ok.bukan puji diri sendiri semata-mata. Orang ada dimples ni nampak comel dan manis, hensem lagi smart.

                Tak semua orang ada lesung pipit, ni kecacatan turun temurun. Erti kata lain pasal genetic. Kalau salah seorang ibu atau ayah yang ada lesung pipit, kemungkinan besar adanya juga ada. Mungkin tak semua anaknya boleh dapat lesung pipit, tapi yang tertentu. Haa..yang special gitu..

                Lesung pipit ni ada macam-macam jenis, ada yang jelas nampak kedua-dua belah pipi atau jelas nampak pada sebelah pipi dan pipi lagi satu tak berapa ketara sangat ataupun lesung pipit ni muncul pada sebelah pipi sahaja. Kalau Cik Na punya lesung pipit yang jenis jelas nampak pada sebelah pipi dan pipi lagi satu tak berapa jelas. Cik Na punya lesung pipit jelas nampak pada pipi kanan berbanding pipi kiri. Anda pula macam mana? Bahagian mana yang lesung pipitnya jelas?? Ke.. tak ada lesung pipit..hee.. kalau tak ada tak apa laa, anda memang dah cantik dan menawan, hensem lagi bergaya. Bukan mahu sedapkan hati tapi kenyataan. Ingat Allah jadikan makhluknya sebaik-baik kejadian. Apa yang Allah beri memang dah terbaik. Yang penting yakin pada diri sendiri.

 

Persoalan besar!! Macam mana lesung pipit atau dimples ni terjadi ya??

 

Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatutnya hanya mempunyai struktur tunggal dari tulang zygomatic. Tulang ini membahagi kepada superior (bahagian atas tepi bibir) dan inferior (bahagian bawah tepi bibir). Selain itu, Faktor terjadinya lesung pipit adalah kerana otot zygomaticus lebih pendek dari normal menyebabkan kulit tertarik dan terbentuklah lekuk pada pipi’

(sumber dari wikipedia)

 

Haa…nampak tak dekat situ ‘otot zygomaticus lebih pendek dari normal’ yang itulah dikatakan kecacatan. Sebab ianya tak normal. Erti kata lain ianya adalah kecacatan otot. Pape pun kecacatan otot ni menarik dan menambah seri wajah.

            Dulu time sekolah menengah, dalam kelas Cik Na ramai gak yang ada lesung pipit ni, tapi paling tak boleh lupa sekali dekat dua orang budak ni, Hafiz dan seorang lagi Chinese girl. Aish..time ni gak la boleh lupa nama budak tu. Dalam kelas dulu budak dua orang ni sangat famous dengan lesung pipit. Lesung pipit dua orang ni sangat la jelas nampak pada dua-dua belah pipi. Sampaikan ada cikgu kimia dekat sekolah cakap lesung pipit budak berdua ni boleh tadah air hujan.hahaha… pape pun lepas tu cikgu tu cakap ‘menarik’ la lesung pipit.saya jelez dengan orang yang ada lesung pipit ni…haha..

So, bukan nak cakap apa just nak share pasal lesung pipit dan lesung pipit punya cerita je. Enjoy reading ok!

 #thanksforreading🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: