Hukum Zihar

17 Aug

Assalamualaikum..

Rasanya dah lama dah tak menulis..Busy dengan tuntutan seorang pelajar..

So, hari ni terpanggil la share sikit pasal hokum zihar. Mungkin ada di antara suami isteri yang terlepas pandang.

Zihar dari segi bahasa?

Bahagian-bahagian belakang tubuh badan hingga ke belikat. 

Zihar dari segi syarak?

Suami yang telah menyerupakan juzuk tubuh badan isteri dengan muhram suami dengan mana-mana anggota lahirnya.

 

Allah SWT melarang keras bagi suami yang menyamakan isteri mereka dengan muhramnya sebab isteri bukanlah orang yang melahirkan mereka sebaliknya si isteri itu adalah orang yang melahirkan anak-anak mereka. Sesiapa yang telah melakukan zihar sesungguhnya telah melakukan pengkhianatan terhadap rumahtangganya.

Allah swt telah berfirman yang maksudnya:

“Orang-orang yang menzihar isteri di antara kamu,(menganggap isteri sebagai ibunya) padahal tiadalah isteri mereka itu ibu mereka. Ibu-ibu mereka tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. Dan sesungguhnya (mengziharkan) perkataan yang mungkar dan dusta. Dansesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun.”Surah Mujadilah:2

 

Syarat menarik kembali ucapan zihar (Surah Mujadilah, surah ke 58):

  • Memerdekakan seorang hamba sebelum suami dan isteri bercampur atau
  • Berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum suami dan isteri bercampur atau
  • Memberi makan 60 orang miskin

Sekian, ini saja mesej ringkas yang saya nak kongsi bersama.

Terima kasih pada yang sudi membaca🙂

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: